fbpx

Minta maaf, Perak tidak boleh bekal air ke Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Kerajaan Perak kekal dengan pendirian untuk tidak membekalkan air mentah kepada Pulau Pinang menerusi projek Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keputusan itu dibuat susulan kajian Lembaga Air Perak (LAP) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang menunjukkan air Sungai Perak hanya mencukupi untuk menampung keperluan domestik.

Menurut beliau, empat empangan di Perak iaitu Temenggor, Bersia, Kenering dan Chenderoh digunakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menjana elektrik untuk keperluan negara.

“Kalau air dari empangan itu diambil dan dibawa ke tempat lain, maka kapasitinya berkurangan menyebabkan turbin tidak berfungsi semaksimum mungkin.

“Ini bermakna, empangan akan menghasilkan tenaga elektrik yang jauh lebih rendah berbanding keperluan,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Peringatan Hari Polis Ke-215 peringkat negeri di Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI