fbpx

Lima sekeluarga terjun dari tingkat tujuh, empat maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang diambil pada 24 Mac 2022 ini menunjukkan bangunan di mana lima sekeluarga dilaporkan melompat terjun dari apartmen mereka di Montreux, barat Switzerland. - AFP

MONTREUX, Switzerland – Sebuah keluarga Perancis terjun dari sebuah balkoni tingkat tujuh di bandar Montreux, Switzerland selepas anggota-anggota polis mengetuk pintu kediaman mereka dalam tragedi yang mengorbankan empat orang terbunuh, manakala seorang remaja parah.

Punca kejadian di bandar yang terletak di tebing Tasik Geneva itu masih tidak jelas.

Bagaimanapun, polis berkata, lima sekeluarga itu termasuk seorang lelaki berumur 40 tahun, isterinya (41) dan saudara kembarnya bersama anak perempuan pasangan itu yang berumur lapan tahun dan abangnya (15), terjun dari balkoni selepas dua anggota polis mengetuk pintu kediaman mereka awal Khamis lalu.

Kesemua mereka kecuali remaja tersebut meninggal dunia di tempat kejadian, manakala remaja lelaki itu dibawa ke hospital dan keadaannya parah, kata polis.

“Anggota kami tidak dapat masuk ke apartmen mereka dan ketika, keluarga tersebut membuat keputusan untuk terjun dari balkoni,” kata jurucakap polis Kanton Vaud, Christophe Sauterel kepada stesen penyiaran awam, RTS.

Mayat-mayat mangsa ditemui di kaki bangunan itu dekat casino Montreux pada pukul 7 pagi (waktu tempatan).

“Saya melihat lima tubuh manusia sekitar 10 meter dari bangunan apartmen itu, tiga di satu sudut dan dua lagi di sudut lain,” kata seorang jiran kepada akhbar Tribune de Geneve.

Kertas siasatan dibuka tetapi polis telah merumuskan bahawa tragedi itu berlaku ‘di sebalik pintu berkunci’ dan tiada orang lain di dalam apartmen mereka semasa kejadian. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI