fbpx

Lelaki selesa simpan patung puaka dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Patung ini dinamakan Uncle Herb selepas Stewart meminta bantuan psikik untuk mengenali roh yang menduduki mainan ini. - Cater News

GLASGOW, Scotland – Seorang lelaki yang memiliki patung ‘ventriloquist’  percaya bahawa mainan itu berhantu selepas ia dikatakan membuka dan menutup mulutnya sendiri, lapor akhbar The Mirror UK  semalam.

Gregor Stewart dari Scotland berkata, dia membeli patung itu daripada seorang pengedar dari California, Amerika Syarikat.

Pengedar itu mahu menjual patung tersebut sejauh mungkin kerana berasa seram dengan kehadiran mainan itu di rumahnya.

“Saya pernah menggunakan khidmat psikik bagi mengenali roh yang menduduki patung ini dan menerusi perbualan itu, roh itu memberitahu namanya ialah Herbet dan mahu dipanggil Uncle Herb.

“Dia juga tidak suka disimpan di dalam bekas kaca kerana terasa seperti dipenjara jadi kebiasaannya, saya meletakkannya di luar,” kata Stewart.

Tambah Stewart, dia dan keluarga tidak berasa takut dengan Uncle Herb dan menganggap patung itu sangat unik.

“Jika Uncle Herb tidak suka akan sesuatu, mulutnya akan terbuka dengan sendiri. Itu yang saya belajar sejak memiliki patung ini.

“Bagi saya, patung ini memiliki banyak aura positif dan tidak membahayakan,” ujar Stewart. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI