fbpx

Lelaki ditahan simpan 500 basikal curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBANYAK 500 basikal ditemui polis setelah menyerbu rumah lelaki berkenaan. - Wion

LONDON – Seorang lelaki Britain berusia 55 tahun ditahan selepas polis menemui ‘gunung basikal’ yang dicuri di halaman belakang rumahnya yang boleh dilihat melalui satelit, lapor laman berita Wion News semalam.

Polis menemui 500 basikal curi yang ditimbun di kediaman tersebut di daerah Littlemore, Oxford.

Pihak polis masih dalam proses untuk mengenal pasti pemilik-pemilik ratusan basikal yang ditemui di hartanah lelaki berkenaan.

Polis mendapat maklumat setelah jiran-jiran lelaki berkenaan mengadu diganggu oleh tikus-tikus yang bersarang di dalam timbunan basikal curi itu.

Lelaki itu ditahan pada minggu lalu kerana disyaki menyimpan dan memiliki barang curi. Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan selesai.

Polis Lembah Thames memberitahu Badan Penyiaran Britain (BBC) bahawa waran telah dikeluarkan terhadap lelaki itu berdasarkan siasatan. 

Menurut penduduk tempatan, polis dilihat berada di lokasi tersebut untuk menyusun beratus-ratus basikal yang dicuri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI