fbpx

Kerana rindu suami dayung bot dari Phuket ke India sejauh 2,500 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan seorang lelaki Vietnam bernama Ho Huang Hung yang cuba mendayung bot getah dari Phuket ke India. - ทัพเรือภาคที่ ๓ Facebook

BANGKOK – Seorang lelaki Vietnam nekad mendayung bot getah merentasi Teluk Bengala dari Phuket ke India kerana mahu berjumpa dengan isterinya selepas mereka tidak pernah bertemu selama dua tahun akibat pandemik Covid-19, lapor laman berita Thaiger semalam.

Anggota-anggota marin Thailand menemui lelaki bernama Ho Huang Hung dan berusia 37 tahun itu pada 23 Mac lalu sekitar 80 kilometer dari pantai Andaman selepas dia berada di tengah laut selama 18 hari.

Hung bersedia untuk mendayung bot getah itu ke India dengan menyeberangi  Laut Andaman dan Teluk Benggala dalam perjalanan sejauh 2,500 kilometer.

Selepas 18 hari, Hung hanya mampu mendayung sehingga 80 kilometer dari pantai Phuket. Pada kadar tersebut, lelaki tersebut dijangka mengambil masa kira-kira 625 hari untuk sampai ke pantai India.

Hung mampu bertahan selama 18 hari walaupun angin puting beliung Asani berputar di Teluk Benggala. Berbekalkan 10 pek mi, sebekas air dan beberapa bagasi, Hung mempunyai bekalan yang cukup untuk bertahan agak lama tetapi bukan untuk tempoh 625 hari.

Pegawai tentera laut di Kepulauan Similan menerima mesej daripada seorang nelayan pada pukul 12.50 malam (waktu tempatan) setelah melihat seorang lelaki berada di atas bot berwarna kuning dan biru sepanjang kira-kira 2.5 meter. Mereka menyelamatkannya lalu membawanya ke Taman Negara Kepulauan Similan.

Hung mengambil penerbangan dari Saigon ke Bangkok pada 2 Mac lalu dengan harapan untuk mengambil penerbangan sambungan ke Mumbai, tempat isterinya tinggal. 

Bagaimanapun, Hung menyedari dia tidak boleh memasuki India tanpa visa jadi dia menaiki bas ke Phuket lalu mencari bot dan memulakan perjalanannya sekitar 5 Mac lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI