fbpx

Hamilton, Russel ada ‘angin’ sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON (kanan) tidak gemar rakan sepasukannya yang agresif ketika Russell juga mahu membuktikan kemampuan yang dimiliki. – AFP

JEDDAH – Legenda Formula Satu (F1), Mika Hakkinen percaya pasukan Mercedes tidak akan harmoni pada kempen musim ini memandangkan pelumba kedua-dua pasukan, George Russell dan Le­wis Hamilton seperti ‘tidak sebulu’.

Sebagai rekod, Hamilton yang juga juara dunia tujuh kali telah mendapat rakan sepasukan baharu, Russell yang berhijrah daripada pasukan Williams bagi menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh Valtteri Bottas.

Kedua-dua pelumba itu dilihat bersaing secara profesional pada aksi pembukaan F1 musim ini di Grand Prix (GP) Bahrain minggu lalu dengan Hamilton menduduki tangga ketiga di­ekori rapat oleh Russell di tempat keempat.

Kata Hakkinen, Hamilton me­rupakan seorang pelumba yang sensitif kerana dia tidak mahu ada pemandu lain yang lebih dominan atau agresif berban­ding dirinya dan sudah tentu kehadiran Russell membuat situasi menjadi berbeza.

“Berdasarkan pengalaman dan apa yang saya perhatikan sebelum ini, Hamilton seorang yang sensitif dengan keadaan semasa. Dia telah mendapat sokongan daripada Bottas sebelum ini de­ngan kedua-dua pelumba mempamerkan semangat berpasukan yang tinggi.

“Situasi berbeza dengan kehadiran Russell kerana dia juga pasti mahu membuktikan sesuatu memandangkan usianya yang masih muda,” kata Hakkinen yang juga bekas juara dunia dua kali.

Kedua-dua pelumba dilihat akan meneruskan perseteruan apabila saingan F1 akan bersambung pada Grand Prix (GP) Arab Saudi di Litar Antarabangsa Jeddah Corniche pada awal pagi Isnin depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI