fbpx

Dijel 4 tahun, sebabkan kematian anggota polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Padah memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian seorang anggota polis, seorang lelaki dihukum penjara empat tahun dan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Puteri Nursheila Rahimi menjatuhi hukuman itu terhadap N. Mohan Rao, 48, selepas mendapati tertuduh bersalah apabila pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara berjalan bermula hari ini. Jika gagal bayar denda, tertuduh berdepan hukuman penjara tambahan 10 bulan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Tertuduh didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan sehingga menyebabkan kematian Konstabel Mohd. Zamiri Sinsian, 25, dan menyebabkan Konstabel Osman Ibrahim, 23, cedera parah (semasa kejadian).

Kesalahan dilakukan di Jalan Semantan menghala ke arah pusat bandar di sini pukul 3.30 pagi, 5 Disember 2018 dan didakwa mengikut Seksyen 44 (1) (b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farhana Che Awang manakala peguam Tay Yi Kuan mewakili tertuduh.

Seramai 15 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberi keterangan pada perbicaraan 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI