fbpx

Cuaca cerah hampir di seluruh negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini memaklumkan cuaca cerah hampir keseluruhan negeri Semenanjung setakat pagi ini.

MetMalaysia menerusi laporan di YouTube berkata, hujan lebat sedang berlaku di sekitar pedalaman Pahang serta persisiran pantai di Kuantan dan dijangka berlanjutan sehingga dua atau tiga jam.

Selain itu, keadaan cuaca buruk juga sedang melanda negeri Sarawak yang tertumpu di kawasan Barat dan dijangka berlanjutan sehingga tengahari ini.

Sementara itu, di Sabah pula keadaan cuaca dilaporkan cerah setakat pagi ini.

Dalam pada itu, MetMalaysia melaporkan hujan lebat dijangka melanda negeri utara Semenanjung serta beberapa kawasan di Pantai Timur petang nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI