fbpx

Belarus didakwa bakal sertai Rusia perangi Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video edaran Kementerian Pertahanan Rusia menunjukkan kereta kebal Rusia dan Belarus dalam satu latihan ketenteraan di Brest pada 21 Februari lalu. - AFP

WASHINGTON – Sekutu kuat Rusia, Belarus, didakwa bakal menyertai perang menentang Ukraine dalam tempoh beberapa hari lagi, lapor stesen penyiaran CNN, kelmarin.

Dakwaan itu dibuat hasil maklumat yang diperoleh daripada pegawai Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Memetik sumber daripada pihak pembangkang Belarus, ia mendakwa beribu-ribu tentera Belarus bersedia untuk dikerahkan dan boleh mendarat Ukraine pada bila-bila masa dalam beberapa hari akan datang.

“Presiden Rusia, Vladimir Putin memerlukan sokongan. Apa-apa sahaja (bentuk sokongan) dapat membantu,” kata seorang pegawai tentera NATO.

Sementara itu, seorang lagi pegawai perisikan NATO mendakwa bahawa kerajaan Belarus sedang merangka situasi terancang untuk mewajarkan serangan negara itu terhadap Ukraine.

Perkembangan terbaharu itu berlaku sebulan selepas Belarus menukar perlembagaannya bagi membolehkan negara itu menjadi lokasi penempatan tentera Rusia dan lapangan ujian senjata nuklear secara kekal.

Ketika perang Rusia-Ukraine memasuki hari ke-28, laporan perisikan Britain menyatakan bahawa tentera Rusia telah berdepan tentangan sengit kerana sehingga kini tidak dapat menawan ibu kota Kiev.

“Pergerakan pasukan Rusia yang mara ke bandar dari timur laut telah terhenti. Pasukan yang mara dari arah Hostomel ke barat laut telah ditangkis oleh tentangan sengit Ukraine,” kata Kementerian Pertahanan Ukraine dalam satu kenyataan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI