fbpx

Aplikasi PTTI diiktiraf di luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Farhana menunjukkan anugerah yang diterima pada persidangan Education 2.0 berlangsung di Dubai baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI telah dinobatkan sebagai penerima Education 2.0 – Best Companies Award di sebuah persidangan di Dubai Festival City, Emiriah Arab Bersatu baru-baru ini.

Penerimaan anugerah tersebut telah membuktikan  kejayaan PTTI dalam membangunkan aplikasi pembelajaran dalam talian yang telah memberi manfaat kepada ramai pelajar.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siti Farhana Abu Osman berkata, kejayaan tersebut menjadi penanda aras baharu kepada pihaknya untuk terus berusaha  membangunkan lagi sektor pendidikan di tangga paling utama.

“Kami bersyukur dan berbangga dengan kajayaan ini adalah hasil  kerja keras dan usaha pasukan kami yang menjadi nadi di sebalik susur galur kembara perjalanan PTTI,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Siti Farhana menerangkan, misi pusat ilmu itu adalah untuk menjadikkan entiti tersebut sebagai sebuah syarikat berasaskan pendidikan dan teknologi atau edutech dengan berobjektifkan kepada tiga prinsip utama.

“Pertama, kami mahu terus memberi manfaat kepada orang lain terutama pelajar dengan tangkas dan fleksibel. Kedua, kami juga mahu terus berinovasi untuk kualiti pendidikan yang lebih baik.

“Ketiga, untuk memastikan kami terus menyampaikan hasil  terbaik demi kecemerlangan pelajar.

“Secara rumusannya, kami juga mengubah masa depan dan memberi impak  pendidikan kepada satu bilion pelajar seluruh dunia demi hasil dan kehidupan lebih baik,” jelasnya.

PTTI mula beroperasi secara tidak rasmi sekitar tahun 2014 dan dua tahun selepas itu, pusat menjadi semakin agresif dalam terus memberi manfaat kepada pelajar. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI