fbpx

Anak derita autistik dorong Afzan buat bisnes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL AFZAN AINI nekad untuk terus mengorak langkah dalam perniagaan terkini selepas merasai sendiri keberkesanan produk yang digunakan.

HATI ibu mana yang tidak sedih dan sayu apabila mendapat tahu anak kesayangan yang dilahirkan menghidap penyakit autistik.

Namun jauh dari sudut hati wanita cekal bernama Nurul Afzan Aini Mat Toni, dia reda dengan ketentuan dan rezeki yang dikurniakan Allah SWT.

Akui Nurul Afzan, pada milanya memang agak sukar untuk menerima suratan takdir, tetapi perkara tersebut tidak sepatutnya menjadi halangan untuk dia terus membesarkan permata hatinya itu.

Cerita wanita kelahiran Kuantan, Pahang itu, selepas anaknya disahkan menghidap penyakit tersebut, dia mula mencari solusi dan alternatif bagi anaknya untuk mendapatkan kehidupan dari aspek kesihatan yang lebih selesa.

“Menjaga anak autistik ini bukan mudah dan satu cabaran serta pengalaman besar buat ibu seperti saya.

“Anak istimewa ini kebiasaanya ada personaliti tertentu yang membuatkan mereka tidak boleh duduk diam seperti kanak-kanak biasa.

“Kesihatan mereka juga biasanya tidak macam kita yang normal kerana mereka lebih terdedah menerima sebarang jenis penyakit seperti demam, batuk, sakit kulit dan sebagainya.

“Itu juga apa yang berlaku kepada anak saya dan sejak saat itu, saya mula mencari satu produk pengudaraan kesihatan yang sesuai hinggalah saya bertemu dengan jenama Young Living yang kini sudah popupar di negara ini,” katanya memulakan bicara kepada Aura.

TUJUH tahun melakukan pelbagai jenis perniagaan, akhirnya Young Living mengubah hidup wanita berusia 38 tahun ini.

Meneruskan perkongsian, Nurul Afzan memberitahu, sejak menggunakan produk tersebut, dia mula jatuh cinta dengannya yang disifatkan sangat berkesan dan mudah digunakan bukan sahaja buat kanak-kanak tetapi seisi keluarga.

“Saya mula kongsikan pengalaman penggunaan produk kepada rakan-rakan dan mereka juga tertarik dengannya termasuk ibu bapa yang dikurnikan anak seperti saya.

“Semakin hari, produk ini semakin mendapat tempat di hati rakan-rakan dan kenalan saya. Jadi saya terfikir untuk menyebarkan manfaat penggunaan produk tersebut dengan menjadi pengedar secara sah.

“Tapi sebelum menyertai dan menjual produk tersebut, saya ada menjalankan perniagaan sendiri seperti menjual pakaian bayi dan wanita sekadar menampung keperluan keluarga.

“Selain itu, saya juga pernah menjalankan pelbagai perniagaan lain seperti servis borong ke Vietnam, jualan produk kesihatan namun tidak menemui kejayaan yang diinginkan.

“Hampir tujuh tahun juga berhempas pulas menjalankan perniagaan, hasilnya sama saja sekadar cukup makan sehinggalah dipertemukan dengan produk Young Living dan membuka pintu haluan rezeki buat saya hingga ke detik ini,” tuturnya.

SEBAHAGIAN ejen dan pengedar di bawah kendalian Nurul Afzan Aini (tengah).

Kata Nurul Afzan lagi, lebih setahun menyertai syarikat berpangkalan luar negara tersebut, dia juga sudah dinaikan pangkat tertinggi dan bukan sebagai pengedar biasa hingga berjaya melahirkan ribuan ejen aktif di bawah kendaliannya.

Berkongsi sedikit mengenai cabaran sepanjang mengasaskan perniagaan, dia yang juga seorang penjawat awam memberitahu pernah berdepan cabaran getir.

SOKONGAN dan bantuan berterusan daripada pasukan yang cekap membuatkan perniagaan yang diusahakan wanita kelahiran Kuantan, Pahang ini mampu bertahan hingga sekarang.

“Antara cabaran yang dihadapai sepanjang berniaga, ada juga rakan perniagaan yang memilih untuk berhenti setelah bertahun-tahun mencurahkan pelbagai ilmu berkaitan produk dan perniagaan.

“Tapi pada saya itu resam dalam perniagaan. Manusia datang dan pergi. Saya tetap tidak berputus asa dan teruskan mendidik mereka yang betul-betul mahu berjaya dan mengubah nasib,” katanya yang mengispirasikan tokoh pernigaan yang juga pengasas Young Living, Mary Young sebagai sumber inspirasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI