fbpx

50 pelajar UiTM tuntut ilmu jurulatih dari Rashid Sidek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sazili (sembilan kanan) dan Rashid (lapan kanan) pada majlis pelancaran modul asas kejurulatihan hari ini.

SHAH ALAM – Kira-kira 50 pelajar jurusan pendidikan sukan dan jasmani Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menimba ilmu kejurulatihan badminton dari legenda sukan itu, Datuk Rashid Sidek mulai esok.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof. Dr. Mohd. Sazili Shahibi berkata, ini selaras dalam
mempertingkatkan dan memperkukuhkan elemen pengajaran sukan selaras modul asas kejurulatihan sebagai sebahagian dari kursus pengajian mereka.

“Jadi, elemen ilmu kesukanan badminton secara praktiknya dapat diterjemahkan menerusi modul tersebut.

“Kita mampu lahirkan graduan pendidikan yang dapat melatih pelajar sekolah dalam badminton secara lebih berkesan,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis berjiwa juara, memori 92 di kampus UiTM Puncak Alam, hari ini.

Pada majlis tersebut juga turut dilancarkan model asas kejurulatihan badminton, pelancaran Deasota Games dan pelantikan Rashid sebagai Duta ‘DOESATA by Madu Tujuh’.

Beliau memberitahu, pelajar jurusan tersebut akan diajar dari asas hingga peringkat lanjutan dengan modulnya bukan sekadar buku sebaliknya turut boleh dilengkapi video yang boleh diakses pelajar sekolah untuk mengikuti sesi latihan dilaksanakan para pendidik sukan badminton dari UiTM.

Mohd. Sazili menambah, pihaknya tidak menolak kemungkinan modul tersebut dijadikan sebagai silibus pembelajaran di fakulti pendidikan pada masa depan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI