fbpx

24,019 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 24,019 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan di seluruh negara semalam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,045,749 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 297 kes dilaporkan adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (8,269 kes), Kuala Lumpur (2,397 kes), Pulau Pinang (1,641 kes), Sarawak (1,194 kes), Kedah (1,301 kes), Perak (1,304 kes), Negeri Sembilan (1,065 kes) dan Johor (1,197 kes).

“Seterusnya, Pahang (909 kes), Melaka (560 kes), Kelantan (550 kes), Terengganu (580 kes), Sabah (428 kes), Perlis (110 kes), Labuan (79 kes) dan Putrajaya (103 kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak 64 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 34,664 kes serta sebanyak 18 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,302 kes.

Sebanyak 247,603 kes aktif dilaporkan melibatkan 239,934 kes dikuarantin di rumah, 1,329 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 6,019 kes di hospital, 127 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 194 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI