fbpx

Cheong Min bersemangat hadapi Sukan Asia 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AL SULTAN ABDULLAH (tengah) menyampaikan anugerah Olahragawati Kebangsaan kepada Cheong Min (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh Ismail Sabri (dua dari kanan), Ahmad Faizal (kiri) dan Lian Ker pada Majlis ASN 2019/2020 di Kuala Lumpur kelmarin. – SHIDDIEQIIN ZON

ATLET wushu negara, Tan Cheong Min percaya, kejayaan meraih anugerah Olahragawati Kebangsaan 2019/2020 mampu melonjakkan semangatnya menjelang Kejohanan Wushu Universiti Dunia di China Jun nanti dan Sukan Asia Hangzhou, China pada September depan.

Bintang kelahiran Melaka, Cheong Min melakar sejarah tersendiri apabila muncul atlet wushu pertama dinobat sebagai Olahragawati Kebangsaan dalam sejarah 56 tahun pada Anugerah Sukan Negara (ASN).

Meskipun tidak menjangka meraih pengiktirafan itu, namun Cheong Min yakin ia adalah permulaan terbaik bagi kariernya untuk mengecapi lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

“Secara jujurnya saya tidak jangka dapat memenangi anugerah ini kerana ramai lagi calon-calon lain yang sangat hebat tersenarai pada malam ini.

“Pastinya saya akan terus be­kerja keras dan kekalkan sema­ngat dalam sukan ini serta terus membanggakan negara,” katanya selepas Majlis ASN 2019/2020 di Kuala Lumpur kelmarin.

Majlis anugerah berprestij tersebut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan timbalannya Senator Datuk Seri Ti Lian Ker.

Cheong Min turut berharap, kejayaan itu turut membuka mata ramai pihak terutama masyarakat di luar sana untuk menyertai sukan wushu.

Pada 2019, Cheong Min yang meraih emas (nandao) dan perak (nanquan) pada Kejohanan Dunia Ke-15 di Shanghai berjaya menewaskan pencabarnya iaitu ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, Siti Zalina Ahmad (boling padang), Sin Li Jane (boling) dan Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik) untuk anugerah tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI