fbpx

Subahan dedah TMJ ada bantu Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUBAHAN (kanan) tidak berasa malu untuk belajar daripada Tunku Ismail dalam aspek pengurusan sukan dan menyifatkan TMJ sebagai figura yang sukar dicari ganti.

BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal menyifatkan bantuan yang dihulurkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berjaya memberi ‘nyawa kedua’ buat pasukan Gergasi Merah.

Kesediaan Tunku Ismail menghulurkan bantuan itu dianggap hadir tepat pada masanya selepas FAS berdepan kesukaran untuk mendapatkan dana sendiri, malah Subahan turut melabelkan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sebagai figura yang sukar dicari ganti.

“Memang TMJ bantu masa saya presiden dan duit itu digunakan untuk membantu bayar gaji. Ketika itu, di Selangor kami tidak ada masalah tentang gaji walaupun tidak dapat satu sen pun daripada kerajaan negeri.

“Ketika itu, TMJ begitu ambil berat dan saya maklumkan memang kami (FAS) ada masalah cari dana, namun Tuanku be­ritahu ‘tidak ada masalah’.

“Ketika itu juga, kami layak ke final Piala FA 2018. Saya dan pemain amat berhutang budi dengan jasa Tuanku,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan pendedahan Tunku Ismail sudah membantu lima pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang berdepan masalah kewangan termasuk Perak FC, Penang FC, Kelantan FC, Melaka United dan juga Selangor.

Rentetan itu, Subahan yang juga Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menegaskan, beliau tidak berasa malu untuk belajar daripada Tunku Ismail dalam aspek pengurusan sukan.

“Bukan saja dahulu, sekarang juga kita boleh lihat, tidak ada orang yang tampil untuk bantu padang Stadium Nasio­nal Bukit Jalil.

“Saya rasa bukan semua orang boleh buat, hanya individu seperti ini saja dan ­Tuanku adalah satu dalam sejuta.

“Walaupun kadang-kadang pandangan Tuanku drastik, tetapi sebenarnya Tuanku berfikiran panjang. Sejak dahulu lagi Tuanku begitu sayangkan bola sepak. Saya rasa tidak malu dan kami tetap mahu belajar daripada Tuanku,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI