fbpx

Tinggal cecair vape, rokok seludup dalam premis kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor menunjukkan peralatan rokok elektronik dan rokok yang dirampas di sebuah premis kosong di Kampung Simpangan, Tumpat semalam. FOTO IHSAN PPM

TUMPAT – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas pelbagai peralatan dan cecair vape termasuk rokok seludup bernilai RM519,300 dalam serbuan di sebuah premis kosong di Kampung Simpangan di sini semalam.

Serbuan itu dijalankan kira-kira pukul 5 petang apabila PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor menjalankan risikan selepas menerima maklumat awam.

Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, anggota bertugas menerima maklumat semasa melakukan rondaan rutin terus membuat serbuan di kawasan tersebut.

Menurutnya, semasa pemeriksaan dijalankan, PPM mendapati pintu premis berkenaan tidak berkunci.

“Pemeriksaan lanjut di dalam premis itu telah menjumpai pelbagai peralatan rokok elektronik, cecair vape dan rokok seludup.

“Kami menunggu selama hampir satu jam namun, tiada individu yang tampil untuk mengambil kesemua barangan tersebut. Siasatan awal mendapati, kesemua barangan tersebut dipercayai akan diseludup ke negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI