fbpx

Taeyong ketakutan, serik diganggu peminat fanatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAEYONG

BERGELAR bintang K-pop bermakna seseorang artis itu harus berdepan pelbagai dugaan termasuk melayan peminat fanatik.

Terbaharu, anggota kumpulan NCT, Taeyong mendedahkan ketidakselesaannya selepas sering diganggu menerusi panggilan telefon tidak dikenali setiap kali terlibat sesi siaran langsung.

Hanya mahu bersembang dengan peminat tersayang, panggilan yang tidak diundang itu membuatkan suaranya terpaksa dimatikan ketika bersiaran langsung.

Malah penonton juga perasan wajah penyanyi kesayangan mereka itu berubah kerana kecewa dan tidak selesa dengan situasi tersebut.

Meleraikan tanda tanya, anggota NCT yang lain kemudiannya memaklumkan kepada peminat yang menonton bahawa dia dihubungi nombor tidak dikenali dari luar negara, terutamanya dari Amerika Syarikat.

Taeyong turut bercakap dalam bahasa Inggeris meminta semua peminat memahami situasi berkenaan selain meluahkan rasa takut.

“Tolong, jangan hubungi saya. Sangat kurang ajar. Saya sangat takut jadi jangan hubungi walaupun awak tahu nombor telefon saya. Tolonglah,” rayunya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI