fbpx

Siar kandungan melampau, Finas boleh batal lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MD. Nasir berkata, lesen penerbitan pemegang boleh ditarik balik sekiranya melanggar peraturan perlesenan bawah Finas.

PETALING JAYA – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berhak membatalkan lesen sesebuah penerbitan andai pemegang lesen disabitkan kesalahan berkaitan isu kejujuran, penipuan dan moral.

Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Prof. Dr. Md. Nasir Ibrahim berkata demikian merujuk kontroversi babak keterlaluan yang dimuatkan aktor Zul Ariffin menerusi Instagram hingga mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat.

Katanya, tindakan memuat naik babak keterlaluan sebegitu dilihat sebagai sesuatu pelakuan tidak sensitif terhadap budaya kesopanan dan kesusilaan yang diamalkan rakyat Malaysia.

“Situasi sebegini tidak sewajarnya berlaku dan Finas memandang serius isu tersebut.

“Finas ingin menekankan penguatkuasaan tapisan kandungan filem dan televisyen di negara adalah bukan di bawah bidang kuasa kami.

“Namun selaku badan yang dipertanggungjawabkan dalam pengeluaran lesen penerbitan filem tempatan, Finas akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan Peraturan-Peraturan Perlesenan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (1983), Peraturan 6 (2).

“Finas boleh membatalkan sesuatu lesen jika pemegang lesen itu telah disabitkan atas suatu kesalahan berkenaan dengan kecurangan, fraud atau keburukan akhlak,” katanya.

Pada masa sama, Md. Nasir berkata, sebagai badan peneraju industri perfileman negara, Finas turut mengingatkan semua penggiat industri kreatif supaya lebih berhati-hati dalam menghasilkan karya.

Terdahulu, klip ‘panas’ membabitkan Zul bersama aktres baharu, Siti Hariesa yang mengundang kecaman sudah dipadam dalam Instagram.

Malah aktor berusia 36 tahun itu juga memohon maaf atas ketelanjurannya.

Namun pelbagai agensi termasuk di peringkat kementerian cukup memandang serius isu berkenaan hingga pelakon tersebut serta penerbitnya, Erma Fatima dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI