fbpx

RM1 bilion pendapatan syarikat subsidi minyak masak tidak dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menganggarkan sebanyak RM1 bilion pendapatan yang diperolehi oleh syarikat-syarikat penerima subsidi tidak dilaporkan melibatkan Tahun Taksiran 2018 sehingga 2020.

LHDN dalam satu kenyataan berkata, daripada amaun tersebut, LHDN menjangkakan sebanyak RM200 juta cukai mampu dikutip semula melalui pelaksanaan Op Saji.

“Dalam Op Saji kali ini, sebanyak 63 syarikat dan kilang-kilang pembungkusan semula (repacker) minyak masak bersubsidi telah disiasat.

“Daripada 63 syarikat tersebut, semakan awal LHDN mendapati sebanyak 44 syarikat kurang melaporkan pendapatan dan baki 19 syarikat lagi tidak mempunyai fail cukai pendapatan,” katanya.

Selain itu, katanya, semakan turut dilakukan terhadap 127 orang pengarah syarikat yang berkaitan dengan Op Saji.

Mengulas laporan beberapa akhbar tempatan berkenaan isu penyelewengan minyak masak bersubsidi, LHDN menjelaskan bahawa pihaknya tidak membuat siatatan ke atas penyelewengan minyak masak bersubsidi dengan kesedaran ia merupakan bidang tugas kementerian berkaitan.

“LHDN percaya tindakan penguatkuasaan sentiasa dilakukan oleh pihak berkaitan dan telah dimaklumkan bahawa syarikat-syarikat yang dibuktikan bersalah sudah dikenakan tindakan.

“LHDN berharap kesilapan dan ralat yang berlaku dalam pelaporan tersebut dapat dibetulkan oleh akhbar berkenaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, LHDN akan terus memberi kerjasama kepada kementerian berkenaan dalam usaha kolektif bersama kementerian dan agensi kerajaan membendung sebarang bentuk penyelewengan dengan mengambil kira pendekatan “Whole of Government” seperti yang telah ditegaskan oleh Perdana Menteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI