fbpx

Pilih cermin mata hitam sesuai untuk jaga mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGI mereka yang berkulit cerah, bingkai berwarna lembut lebih sesuai.

MALAYSIA merupakan sebuah negara yang mengalami iklim khatulistiwa dengan cuaca panas dan lembab sepanjang tahun.

Iklim tersebut menyaksikan terik matahari mencecah tahap maksimum pada tengah hari, sekali gus mewujudkan rasa kurang selesa kepada tubuh.

Salah satu anggota badan yang boleh terkesan sekiranya terdedah kepada kepanasan mentari terlalu lama adalah mata. Mata berpotensi mengalami fotofobia atau silau.

Bagi mengatasi masalah ini, anda disarankan memakai cermin mata hitam.

Ramai daripada kita menganggap cermin mata hitam sekadar aksesori tambahan diri.

Hakikatnya, ia mempunyai fungsi yang sangat baik bagi melindungi mata pada waktu siang sekiranya cermin mata hitam yang digunakan mempunyai ciri terbaik dan berkualiti.

Di dalam pasaran, terdapat begitu banyak pilihan dan jenama cermin mata hitam sehingga menyukarkan pengguna membuat pemilihan.

Minggu ini, Kosmo! ingin memberi tip dan perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli cermin mata hitam bagi kegunaan seharian.


SEKIRANYA anda gemar membeli cermin mata hitam, disarankan supaya memilih model terkini.

1.Perlindungan ultra ungu

Pastikan anda memilih cermin mata yang mempunyai 100 peratus perlindungan ultra ungu.

Cahaya malap yang dialami akibat kanta gelap menyebabkan anak mata mengembang.

Semasa keadaan ini, anak mata perlu terhindar daripada sinaran ultra ungu bagi mengelak berlaku kerosakan.

2. Jenis bingkai, kanta

Pemilihan bingkai dan kanta cermin mata hitam bergantung kepada cara anda menggunakannya.

Sekiranya seorang yang aktif bersukan, anda disarankan menggunakan bingkai dan kanta cermin mata hitam lebih tebal.

Jika anda seorang yang suka bersantai, bingkai dan kanta normal sudah memadai untuk digunakan.

PEMILIHAN bingkai harus dibuat berdasarkan bentuk muka.

3. Pemilihan model

Seandainya anda seorang yang gemar membeli cermin mata hitam, disarankan supaya memilih model terkini.

Anda boleh memilih model cermin mata yang dikenakan oleh artis-artis terkemuka dunia.

Anda anda seorang yang berjimat, disarankan supaya cermin mata hitam vintaj dari Jackie O dan Ray Ban, kerana ia sentiasa relevan selama bertahun-tahun.

4. Pertimbangan warna

Buat pemilihan bingkai kaca mata hitam berdasarkan warna kulit anda. Sekiranya anda berkulit cerah, bingkai berwarna lembut dilihat lebih sesuai.

Bagi pemilihan warna kanta pula, hitam dan kelabu merupakan paling ideal.

Kedua-dua warna tersebut mampu memberi perlindungan maksimum pada mata daripada panas mentari.

UNTUK pemilihan warna kanta pula, hitam dan kelabu merupakan paling ideal.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI