NAMPAKNYA isu babak panas lakonan Zul Ariffin dengan Siti Hariesa baru-baru ini telah menjadi perdebatan peringkat nasional apabila ramai pihak mula campur tangan termasuk menteri!
Barangkali kerana ramai yang mengadu babak tersebut tidak sesuai ditayangkan untuk tontonan umum. Iyalah agak berahi juga aksi dua pelakon tersebut.
Ramai juga rakan selebriti yang bersuara tentang isu ini, ada yang kecewa dan turut memberi nasihat.
Tidak kurang juga ramai netizen yang kecewa mengapa babak tersebut digunakan sebagai promosi.
“Bijak betul kalau ini cara pemasaran drama Perempuan itu. Bad marketing ke good marketing ke yang penting tetap pemasaran,” ciap seorang netizen.
“Cara pemasaran Perempuan Itu terbaik. Sah meletup episod pertama, Belum tayang sudah sohor kini,” komen seorang netizen.
Selain Zul, Siti Hariesa turut terkena tempias ‘populariti segera’ apabila namanya tiba-tiba dikenali dan jumlah pengikut juga mencanak naik.
Ada benar juga apa yang diperkatakan ramai itu. Belum tayang sudah menjadi bahan bualan ramai.
Disebabkan isu ini juga, Zul turut mendapat gelaran sebagai ‘King of Peluk’ kerana sering muncul dengan babak berpelukan bersama beberapa pelakon wanita yang digandingkan dengannya.
Apa pun, kita semua tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya dan harap isu ini akan diselesaikan secara baik.
MIZZ LAHAR: Tak sabar nak tengok aksi aktor pujaan zaman Puteri, Eman Manan turut berlakon dalam Perempuan Itu.