fbpx

Pengecualian ujian Covid-19 bagi kanak-kanak bawah 6 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA – Kanak-kanak berusia bawah enam tahun (mengikut tahun kelahiran) tidak perlu menjalani ujian Covid-19 prapelepasan dan ujian semasa ketibaan.

Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan bagi pengembara yang belum menerima suntikan vaksinasi yang lengkap diarahkan untuk menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) selama lima hari.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan hanya pengembara berusia enam tahun dan ke atas sahaja perlu menjalani ujian RTK-Antigen professional dua hari sebelum berlepas dan dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan di Malaysia.

“Pengembara boleh melakukan ujian Covid-19 sama ada di fasiliti kesihatan swasta di pintu masuk antarabangsa (PMA) atau di luar PMA dalam tempoh 24 jam,” katanya ketika sidang akhbar hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI