fbpx

Pekerja kebun berdepan tali gantung bunuh kembar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Velukumar ketika hadir ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Kuala Langat hari ini.

KUALA LANGAT – Seorang pekerja kebun sayur yang membunuh adik kembarnya angkara berebut dadah dua minggu lalu berdepan tali gantung selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini.

Tertuduh, B. Velukumar,37, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Khairul Farhi Yusob.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa membunuh adik kembarnya, Velakumar,37, di tepi jalan Sri Cheeding, Kampung Bukit Cheeding, Banting di sini antara pukul 4 hingga 5 petang pada 11 Mac lalu.

Sabit kesalahan boleh dihukum mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amir Saifullah Mohammad Sallehuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 26 Mei depan.

Kosmo! pada 12 Mac lalu melaporkan angkara dadah membuatkan seorang lelaki hilang pertimbangan apabila membunuh kembarnya sendiri yang enggan berkongsi syabu di rumah sewa mereka di Kampung Seri Cheeding di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh sebelum ini dipetik berkata, hasil siasatan mendapati berlaku pergaduhan antara pasangan kembar itu selepas mangsa tidak mahu berkongsi dadah jenis syabu.

“Suspek kemudiannya telah menikam adik kembarnya menggunakan sebilah pisau,” jelasnya.  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI