fbpx

PAPSMA mahu APS di bawahnya diberi kuota fasilitator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden PAPSMA, Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid (tengah) bersama Timbalan Presidennya, Datuk Kris Foo Yin Choo (kanan) dan Sukumaran pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) persatuan itu hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan disaran memberikan kuota khas sebagai fasilitator kepada agensi pekerjaan swasta (APS) di bawah Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA).

Menurut Setiausaha Agungnya, Dr. N. Sukumaran, ia bermatlamat untuk membantu sejumlah majikan dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) merekrut pekerja asing.

“Ini termasuk kesemua 501 agensi berdaftar dalam lesen kategori C di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) supaya memperoleh kuota berkenaan demi membantu golongan majikan dalam urusan permohonan pekerja asing menerusi Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS).

“Ramai dalam kalangan majikan itu gagal dalam memenuhi keperluan-keperluan yang disyaratkan dalam membuat permohonan itu, sekali gus menafikan peluang mereka untuk mendapatkan pekerja asing,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Sukumaran berkata, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan sendiri mengakui bahawa terdapat majikan yang menghadapi kesukaran untuk memohon secara dalam talian menggunakan FWCMS.

Justeru, katanya, pihaknya menggalakkan majikan PMKS menggunakan kuota yang diperoleh APS sebagai fasilitator untuk membantu mereka merekrut pekerja asing.

“Langkah ini sebagai usaha membantu mereka dalam menyambung semula perniagaan atau menghidupkan semula (perniagaan) selepas ada yang terpaksa gulung tikar akibat pandemik Covid-19 selain mempunyai masalah tenaga kerja tidak mencukupi,” ujarnya.

Menurut Sukumaran, usaha memberikan kuota khas itu antara lain bagi mengelak mana-mana majikan yang terdesak untuk merekrut pekerja asing menggunakan khidmat ejen-ejen haram yang cuba mengaut keuntungan dengan cara salah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI