fbpx

Mayat pesakit Covid-19 terapung dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT pesakit Covid-19 yang dijumpai terapung di dalam sungai di Dataran Udang Galah, Teluk Intan hari ini.-FOTO MEDIA SOSIAL

TELUK INTAN – Mayat seorang pesakit Covid-19 ditemui terapung di dalam sungai berhampiran sebuah restoran di Dataran Udang Galah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan penemuan mayat itu daripada orang awam pada pukul 3.36 petang.

Katanya, ketika dijumpai mangsa memakai baju hitam dan seluar pendek berwarna kelabu.

“Pemeriksaan pada tubuh simati tidak menjumpai apa-apa kesan luka luaran disebabkan perbuatan jenayah.

“Bagaimana pun, pada pergelangan tangan kiri simati terdapat gelang plastik berwarna merah jambu tertera nama, nombor kad pengenalan dan tarikh kuarantin bermula Jumaat lalu hingga hari ini,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan saksi iaitu kakak mangsa memaklumkan adiknya yang berusia 54 tahun itu masih bujang dan tinggal berseorangan di rumahnya di Happy Park, Jalan Woo Saik Hong di sini.

Katanya, wanita itu memberitahu yang adiknya merupakan pesakit Covid-19 di mana kali terakhir dia berhubung dengan mangsa pada kelmarin.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu disyaki membunuh diri kerana tertekan akibat dijangkiti Covid-19. Mayat mangsa dibawa Hospital Teluk Intan untuk ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI