fbpx

Marquez dihantui masalah diplopia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ tidak dapat menyertai perlumbaan GP Indonesia Ahad lalu susulan kecederaan yang dialami selepas terlibat dalam insiden kemalangan ketika sesi pemanas badan. – AFP

BARCELONA – Juara enam kali Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Marc Marquez menerima tamparan hebat apabila disahkan mengalami masalah diplopia buat kali ketiga dalam kariernya susulan kemalangan ngeri di Litar Mandalika, Lombok pada Grand Prix (GP) Indonesia minggu lalu.

Kata Marquez, apa yang dialaminya ketika ini cukup sukar untuk diterima khususnya apabila diplopia merupakan pe­nyakit melibatkan penglihatan dan boleh berlarutan jika tidak dirawat dengan segara.

“Apa yang saya alami ketika ini seperti deja vu kerana apabila pulang ke Sepanyol dari Indonesia, saya sudah rasakan tidak selesa dengan penglihatan sehingga perlu segera bertemu dengan doktor peribadi, Dr. Sanchez Dalmau.

“Beliau mengesahkan bahawa saya mengalami masalah diplopia yang berulang. Secara peri­badi, ia tidak terlalu sakit se­perti yang dialami pada tahun lalu tetapi masih perlu diberi perhatian dari semasa ke semasa,” kata Marquez.

Sementara itu, Dalmau mengesahkan Marquez mungkin terpaksa berehat seketika daripada arena MotoGP musim ini tetapi keputusan rasmi bergantung kepada rawatan susulan yang perlu dilakukan olehnya dalam masa terdekat.

“Kecederaan yang dialami tidak separah apa yang dirasai pada penghujung tahun lalu. Namun, saya tidak mahu dia mengambil risiko jika terus aktif berlumba dalam masa terdekat tetapi saya berharap rawatan susulan yang bakal dijalani minggu depan dapat memberi khabar positif,” katanya.

Sebagai rekod, pelumba sensasi kelahiran Sepanyol itu meng­alami masalah diplopia buat kali pertama pada tahun 2011 sebelum masalah penglihatan itu berulang pada penghujung tahun lalu.

Marquez yang mewakili pasukan Repsol Honda sedang memburu kejuaraan ketujuh MotoGP musim ini selepas kali terakhir bergelar juara dunia pada edisi 2019. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI