fbpx

Majlis angkat sumpah Exco kerajaan Johor Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim titah perkenan Majlis Angkat Sumpah Exco kerajaan negeri diadakan di Balai Menghadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Sabtu ini.

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri dijangka akan memperkenalkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri yang baharu pada Sabtu ini.

Perkara itu selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar titah perkenan Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Exco kerajaan negeri akan diadakan di balai mengadap, Istana Bukit Serene, di sini.

Pelantikan barisan Exco kerajaan negeri dikongsikan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Facebook rasminya hari ini.

“Sultan Ibrahim Sultan Iskandar titah perkenan Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Exco akan diadakan pada hari Sabtu di balai mengadap, Istana Bukit Serene.

“Menjunjung Kasih Tuanku, Allah Peliharakan Sultan,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Sebelum ini, Sultan Johor bertitah supaya calon-calon Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang bakal dilantik perlu membuat pengisytiharan harta. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI