fbpx

Komik Marvel pertama dilelong RM10 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fishler memegang komik Marvel Comics #1 yang dilelong pada harga RM10.1 juta kepada seorang pembeli yang tidak didedahkan. - ComicConnect

BANDARAYA NEW YORK – Satu salinan berbayar Marvel Comics #1 yang diterbitkan pada tahun 1939 dijual pada harga melebihi AS$2.4 juta (RM10.1 juta) dalam satu sesi lelongan, lapor agensi berita United Press International, kelmarin.

Laman lelongan ComicConnect berkata, komik yang jarang ditemui itu menampilkan watak pertama Namor the Sub-Mariner dan Human Torch yang merupakan pendahulu android kepada watak Marvel yang lebih terkenal daripada siri Fantastic Four.

Komik yang diterbitkan oleh Timely Comics sebelum dikenali sebagai Marvel Comics itu digelar salinan berbayar kerana ia mengandungi anotasi oleh penerbit Lloyd Jacquet yang mendedahkan jumlah hutang kepada penyumbang buku itu.

Salinan berbayar Marvel Comics #1 telah bertukar tangan beberapa kali sejak ditemui dalam kabinet pemfailan pada 1990-an.

Ia pernah dijual pada harga AS$227,050 (RM957,696) pada tahun 2010.

Ketua Eksekutif ComicConnect, Stephen Fishler berkata, pembeli dalam lelongan terbaharu itu enggan mendedahkan namanya, namun beliau menggambarkan pengumpul tersebut sebagai seorang lelaki berusia 40-an yang tinggal di luar Amerika Syarikat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI