fbpx

Kita yang mengecam pun sebenarnya sedang diuji – Shahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHIR

PETALING JAYA – Menyedari kekecohan yang timbul dalam industri seni tanah air sejak akhir-akhir ini, penyanyi Shahir menyeru orang ramai agar memainkan peranan masing-masing.

Kata pemilik nama lengkap, Ahmad Shahir Zawawi itu, budaya mengecam tanpa usul periksa patut dihindari masyarakat demi kehidupan aman bersama.

“Saya rasa apa jua bentuk yang kita lihat seperti yang digambarkan itu mungkin satu ujian.

“Kita cuba ambil dari sudut yang positif. Kalau seseorang berkelakuan sebegitu, barangkali dia ada masalah sendiri yang kita tak tahu pun.

“Kadang-kadang, kita yang melihat ini pun diuji juga sama ada kita mengecam semata-mata atau kita bantu mereka untuk berubah,” kata Shahir, 34, kepada Kosmo! Online semalam.

Shahir ditemui usai majlis pelancaran Kempen Ramadan Syawal 1443H dan Aplikasi Terbaharu TV Alhijrah.

Sehubungan itu, pelantun lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu berharap orang ramai tidak hanya pandai mengecam namun pada masa sama, belajar untuk memaafkan dan sama-sama perbetulkan apa yang salah.

“Saya menyeru untuk sama-sama kita membantu sahabat-sahabat kita yang sedang berdepan ujian.

“Mungkin ada kelemahan cara dari segi cara mengendalikan media sosial dan kita sebagai saudara seislam sepatutnya saling menasihati.

“Jangan diperbesarkan isu dengan mengecam sebab tiada manusia yang tak buat silap di dunia ini.

“Jadi, kita cuba maafkan dan insya-Allah, kita perbetulkan sama-sama. Kita tengok silap orang lain tapi tak tengok silap diri sendiri. Bagi saya, kalau semua sibuk mengecam akhirnya, orang yang buat silap akan kekal begitu,” ujar Shahir.

Shahir diminta memberi pandangan tentang kontroversi berlaku dalam industri yang sepertinya berlaku bersahut-sahutan sejak kebelakangan ini termasuklah isu seperti ‘Kak Long 7E’ dan rakan seperjuangan, Zul Ariffin yang menggelegak dengan sensasi video ‘panas’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI