fbpx

Kelab EPL tanggung rugi besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA menjadi pasukan EPL yang terpaksa menanggung kerugian besar ekoran masalah kecederaan pemain. – AFP

LONDON – Isu kecederaan pemain dalam saingan Liga Perdana Inggeris untuk separuh musim ini menyaksikan kelab-kelab terbabit terpaksa menanggung kerugian sehingga £90 juta (RM504.82 juta).

Menurut kajian yang dilakukan, Indeks Kecederaan Pemain Lelaki Eropah yang disiarkan oleh syarikat insurans Howden menunjukkan pengiraan tersebut dibuat berdasarkan jumlah gaji pemain yang dibayar ketika mereka tidak dapat beraksi kera­na kecederaan melibatkan lima liga utama di Eropah.

Hasil daripada kajian tersebut mendapati, pasukan di EPL terpaksa menanggung jumlah kerugian sebanyak £89.82 juta (RM503.81 juta) dan paling besar berbanding empat liga utama lain di benua tersebut.

EPL juga menyaksikan mereka merekodkan 659 kecederaan sepanjang tempoh berkenaan dan tertinggi berbanding liga lain tetapi kelab yang terpaksa menanggung kerugian paling besar ekoran isu tersebut adalah Real Madrid dengan jumlah £16.2 juta (RM90.87 juta).

Kelab Sepanyol itu mengatasi Paris Saint-Germain dengan jumlah £13.96 juta (RM78.30 juta), manakala Chelsea pula terpaksa menanggung kerugian sehingga £13.63 juta (RM76.45 juta).

Di Eropah, pasukan yang pa­ling banyak berdepan masalah kecederaan adalah Bayern Munich (60) diikuti Chelsea (55) dan Juventus (54) September tahun lalu me­nyaksikan aksi penuh saingan berlangsung dan EPL mencatatkan 127 isu kecederaan pemain tanpa melibatkan jumlah pemain yang dikuarantin akibat Covid-19, sekali gus menjadi bulan paling tinggi mencatat kerugian de­ngan jumlah £20.41 juta (RM114.48 juta).

Jumlah berkenaan adalah sekali ganda berbanding untuk bulan yang sama bagi musim 2020/21 apabila mereka hanya menanggung kerugian berjumlah £10.17 juta (RM57.04 juta) sahaja.

Bagi jumlah kes positif Co­vid-19, La Liga mencatat jumlah paling tinggi dengan 134 kes dan penularan wabak berkenaan dalam lima liga utama Eropah menyaksikan pasukan terpaksa menanggung kerugian sehingga £31 juta (RM173.88 juta) dengan 256 kes keseluruhan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI