fbpx

Isu migrasi dan buruh paksa jadi agenda tetap Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan

PUTRAJAYA – Isu migrasi dan buruh paksa akan dimasukkan sebagai salah satu agenda tetap perbincangan dalam Dialog Strategik United Kingdom (UK)-Malaysia bermula tahun ini.

Perkara itu dicadangkan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan ketika pertemuan bersama Pesuruhjaya United Kingdom Mengenai Migrasi dan Perhambaan Moden, Andrew Patrick dalam siri lawatan ke London, 23 Mac lalu.

Saravanan menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, cadangan itu disambut baik oleh Patrick dan ia akan dijadikan sebagai agenda tetap tahunan selain mengutarakan cadangan tersebut dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang akan datang.

“Saya percaya usaha ini akan membuahkan hasil yang positif kerana isu migrasi dan buruh paksa perlu ditangani melalui kerjasama strategik dengan pelbagai pihak berkepentingan,” katanya.

Ujar beliau, pada pertemuan sama, beliau telah berkongsi inisiatif kerajaan untuk menangani isu buruh paksa yang dikaitkan dengan penghasilan produk syarikat Malaysia.

Saravanan berkata, perbincangan turut berkait mengenai langkah Malaysia meminta dan penguatkuasaan akta perburuhan, Pelan Tindakan Nasional berhubung Buruh Paksa (NAPFL) dan aplikasi mudah alih Working for Workers. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI