fbpx

Industri ikan air tawar dipromosi ke peringkat antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald (tengah) melepaskan benih ikan air tawar serentak seluruh negara pada Program Jelajah Perikanan di Anjung Tasik Putrajaya hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersedia untuk mempromosikan industri ikan air tawar tempatan ke pasaran antarabangsa.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, Malaysia mempunyai potensi besar untuk meneroka pasaran itu memandangkan negara mempunyai tasik yang banyak dan badan kawal selia air.

Beliau berkata, selama ini, negara banyak memberi tumpuan kepada sumber ikan dari laut dan sudah tiba masanya untuk mempromosikan industri ikan air tawar ke pasaran lebih besar.

“Menerusi Dasar Agromakanan Negara 2021-2030, kami turut mempromosikan industri akuakultur yang mana ia meliputi sektor ikan air tawar.

“Subsektor ikan air tawar adalah sektor penting yang perlu diteroka bagi mengimbangi Dasar Agromakanan Negara,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelepasan Benih Ikan dan Kempen Jom Makan Ikan Air Tawar di sini hari ini.

Terdahulu, Ronald turut berkesempatan melepaskan sebahagian 100,000 ekor benih ikan air tawar ke dalam Tasik Putrajaya termasuk ikan kelah, temoleh, lampam sungai, baung, siakap dan udang galah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI