fbpx

Individu bawa kanak-kanak duduk luar tingkap kereta dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI berbahaya tiga kanak-kanak yang duduk di atas tingkap kereta yang sedang bergerak di jalan raya tular dalam media sosial hari ini.-FOTO MEDIA SOSIAL

IPOH – Polis sedang mengesan individu yang terlibat berkaitan video tular menunjukkan tiga kanak-kanak duduk di atas tingkap kereta jenis Mercedes ketika kenderaan itu sedang bergerak di jalan raya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya mengesan video berdurasi satu minit dua saat itu di laman Facebook, Inforoadblock yang memaparkan kejadian itu.

Katanya, kes itu dipercayai berlaku di Jalan Tambun di sini namun tarikh dan masa kejadian masih belum diketahui.

“Satu laporan polis berkaitan insiden itu telah diterima di mana siasatan dibuat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

“Pihak polis sedang mengesan individu-individu terlibat dalam kes tersebut. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintenden Yap Siew Cheng di talian 012-9093362 bagi membantu siasatan,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI