fbpx

Hye-lim, dalam pantang pun cantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HYE-LIM

BEKAS ahli Wonder Girls, Hye-lim baharu sahaja selamat melahiran anak sulungnya baru-baru ini.

Menerusi Instagramnya, wanita itu memuat naik beberapa keping foto bersama bayinya sebagai perkongsian kegembiraan dengan peminat selepas tiga minggu berpantang.

“Jadi bila dan bagaimana untuk menurunkan berat badan?,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen sambil menyertakan emoji ketawa.

Hantaran tersebut menuai komen peminat yang merindui penyanyi tersebut. Masing-masing memuji seri kecantikan ibu yang baru bersalin dan masih dalam proses berpantang itu.

“Berseri sungguh wajah ibu sedang berpantang. Jangan risaulah berat badan awak dah cukup ideal dan cantik.

“Rahang awak tu nak ke mana? Sejak solo, berkahwin, mengandung dan bersalin tetap cantik dan tak pernah berubah. Selamat berpantang,” tulis pengikut.

Untuk rekod, Hye-lim berkahwin dengan ahli sukan taekwando pada Julai 2020 selepas bercinta sejak 2013.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI