fbpx

Hael nafi buat pembedahan plastik pada wajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAEL nafi buat pembedahan plastik pada wajah semata-mata untuk tampil lebih kacak.

PETALING JAYA – Penyanyi dan komposer, Hael Husaini menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya melakukan pembedahan plastik pada wajahnya untuk tampil lebih kacak.

Menurut Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, dia sendiri tertanya-tanya bagaimana dakwaan tidak berasas tersebut muncul sehingga menjadi bualan ramai.

“Sebenarnya saya tak tahu nak respon macam mana. Reaksi saya hanya mampu tersenyum saja. Apa yang boleh saya katakan, makin kita meningkat usia semakin kita pandai jaga penampilan diri.

“Waktu muda dulu mungkin saya tidak mementingkan sa­ngat soal penampilan, tetapi apabila umur semakin bertambah, secara automatik saya lebih ambil tahu hal ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Cahaya Festira Festival Ramadan Selangor 2022 yang diadakan di SACC Mall, di sini semalam.

Kata pelantun lagi Jampi ber­kenaan, dia mengaku bertuah ke­rana memiliki syarikat pengurusan yang amat menitikberatkan aspek penampilan diri selain nyanyian.

“Saya akui dahulu tidak ada pasukan di belakang, semua dilakukan sen­diri tetapi kini, saya diuruskan oleh sebuah pasukan yang profesional.

“Sebelum ini, saya sikat rambut dan pakai gel sendiri, sekarang sudah ada pasukan yang siapkan.

“Saya tak nafikan semua perubahan itu dilakukan untuk tampil lebih menarik dan bergaya di hadapan kamera,” katanya lagi.

Sebagai info, Festival anjuran PKNS Real Estate (PREC) itu merupakan acara tahunan yang direka khusus bagi menyokong agenda kerajaan negeri dalam usaha membantu usahawan kecil sederhana dan pe­ngusaha

tempatan. Festival terbesar Ramadan itu juga menyasarkan 3.5 juta pembeli sebelum era pandemik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI