fbpx

Elak ke Siam jika tiada urusan penting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (dua dari kanan) melakukan gimik perasmian dengan menanam pokok semasa merasmikan Taman Bandar Tumpat, Kampung Baru Nelayan dekat Tumpat hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

TUMPAT – Rakyat Kelantan tidak digalakkan untuk melintasi sempadan ke negara Thailand jika tiada keperluan penting selepas negara beralih ke fasa endemik bermula 1 April ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, bagaimanapun, mereka yang mempunyai urusan penting melibatkan perniagaan boleh berkira-kira untuk ke negara berkenaan pada bulan depan.

“Nasihat saya kepada rakyat Kelantan, elakkan ke sana (Thailand) jika tiada keperluan. Sekiranya ada urusan penting atau melibatkan perniagaan, ia tiada masalah.

“Sehubungan itu, kita juga sentiasa mendapat perkembangan semasa mengenai kes Covid-19 daripada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan,” katanya selepas merasmikan Taman Bandar Tumpat di Kampung Baru Nelayan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad memberitahu, beliau berharap rakyat Kelantan sentiasa patuh dengan prosedur operasi standard yang ditetapkan meskipun negara sudah memasuki fasa endemik.

Dalam perkembangan lain, menurutnya, menjelang bulan Ramadan, beliau menasihatkan orang ramai tidak berada di satu-satu tempat selepas menunaikan solat terawih. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI