PENYANYI No. 1 negara. Itulah gelaran yang sudah menjadi kebiasaan setiap kali mana-mana pihak hendak memperkenalkan kemunculan atau keberadaan Datuk Seri Siti Nuhaliza.
Bagaimanapun, tanpa kita semua sedar, Siti sebenanya berasa sangat rendah diri apabila ada yang memanggilnya dengan gelaran itu.
Perkara tersebut jelas kelihatan ketika Alif Satar memperkenalkannya sebagai juri Big Stage baru-baru ini selain memberi jolokon kepadanya sebagai penyanyi nombor satu negara.
“Janganlah penyanyi nombor satu negara, seganlah,” balas pelantun Cindai itu.
Alahai sampai begitu sekali sifat rendah diri yang ada padanya sedangkan dia memang layak untuk menerima gelaran tersebut.
Begitulah sikap yang sepatutnya ada pada seorang selebriti untuk terus kekal lama, bukannya terus berhidung tinggi apabila disanjung.
Harap sesiapa yang menjadikan Siti sebagai idola, ambillah sekali sikapnya sebagai contoh untuk menjadi anak seni yang berjaya.
MIZZ LAHAR: Rasa segan pula dengan beberapa selebriti wanita tanah air yang penampilan mereka semakin mencolok mata.