fbpx

Dadah RM4.5 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash Wahid (tengah) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas dalam serbuan JSJN di Simpang Pulai isnin lalu pada sidang akhbar di IPK Perak hari ini. - FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI.

IPOH – Lapan lelaki ditahan polis serta merampas pelbagai dadah bernilai RM4.5 juta dalam serbuan berasingan di sekitar daerah ini, Isnin lalu.

Tangkapan ke atas suspek berusia antara 32 hingga 37 tahun itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, serbuan antara pukul 11.10 pagi hingga 5.30 petang itu dilakukan di Simpang Pulai, Meru, Jelapang dan Batu Gajah.

Katanya, dalam serbuan tersebut, pihaknya merampas 123.8 kilogram dadah jenis syabu, 105 gram heroin dan 150 ketamin.

“Sindiket berkenaan mulai aktif sejak pertengahan tahun lalu dan didapati membawa masuk bekalan dadah dari negeri di Pantai Timur untuk pasaran sekitar Perak.

“Saringan awal ujian air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah manakala lima lelaki mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI