fbpx

Cebisan mayat manusia ditemui bersama serpihan pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar diambil pada 21 Mac 2022 menunjukkan serpihan pesawat China Eastern Airlines yang ditemui di kawasan nahas. - AFP

BEIJING – Beberapa cebisan mayat manusia ditemui bersama-sama dengan serpihan pesawat China Eastern Airlines yang terhempas di sebuah kawasan pergunungan di wilayah Guangxi, Isnin lalu, lapor agensi berita Xinhua.

Ketua Jabatan Bomba Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, Zheng Xi berkata, serpihan-serpihan tersebut ditemui di sekitar lokasi nahas.

“Serpihan pesawat dan mayat manusia telah diserahkan kepada pasukan penyiasat,” katanya dalam satu taklimat akhbar semalam.

Tambah Zheng Xi, pasukan bomba telah melakukan pencarian di kawasan sekitar 46,000 meter persegi sehingga pukul 7 malam (waktu tempatan) semalam.

Sebelum itu, Xinhua melaporkan kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas dipercayai merupakan perakam suara kokpit pesawat malang tersebut.

“Bahagian luar kotak rosak teruk, namun unit penyimpanan datanya agak lengkap meskipun terdapat beberapa kerosakan,” kata Ketua Pejabat Keselamatan Penerbangan, Pentadbiran Penerbangan Awam China, Zhu Tao.

Tambahnya, kotak hitam itu dihantar ke Beijing untuk dinyahkod.

“Proses memuat turun dan nyahkod data akan mengambil sedikit masa dan ia mungkin berlarutan sekiranya unit penstoran dalaman terjejas,” kata Zhu Tao.

Pasukan penyiasat akan terus melakukan pencarian satu lagi kotak hitam yang merupakan perakam data pesawat bagi menyediakan gambaran lebih menyeluruh mengenai punca nahas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI