KUALA KANGSAR – Jabatan Perikanan negeri Perak dalam proses meminda Kaedah-kaedah Perikanan (sungai) 1992 dengan menambah peruntukan larangan melepaskan spesies ikan asing ke perairan umum.
Agensi itu juga turut berusaha mendapatkan pewartaan Kaedah-kaedah Perikanan (akuakultur perikanan darat) pada kerajaan negeri sebagai langkah pemantauan dan penguatkuasaan.
Spesies ikan asing berbahaya yang sering dijumpai seperti ikan bandaraya, tilapia, patin Siam, peacock bass dan udang kara air tawar.
Turut dikesan sejak kebelakangan ini ialah ikan baung ekor merah asia dan patin high fin yang boleh menjangkau saiz gergasi dan bersifat pemangsa
Pengarahnya, Noraishah Hashim berkata, draf tersebut kini pada peringkat akhir sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK). – KOSMO! ONLINE.