fbpx

Barty umum bersara dari pentas tenis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARTY menganggap kejayaan meraih tiga gelaran Grand Slam membuatkan impiannya tertunai dan mengambil keputusan bersara sepenuhnya. – AFP

SYDNEY – Pemain No. 1 dunia kelahiran Australia, Ashleigh Barty mengejutkan arena tenis antarabangsa selepas meng­umumkan persaraan sebagai atlet profesional kerana mahu memburu impian yang baharu.

Sebagai rekod, Barty yang baru berusia 26 tahun mengesahkan keputusan tersebut menerusi laman sosialnya semalam selepas berjaya melunaskan cita-citanya menjulang tiga trofi Grand Slam pada Terbuka Perancis edisi 2019, Kejuaraan Wimbledon (2021) dan Terbuka Australia (2022).

Kata Barty, tiada sesalan yang perlu dikenang kerana sudah mencapai segala sasaran yang ditetapkan dalam kariernya sebagai pemain tenis profesional termasuk bergelar pemain No. 1 dunia sejak 2019.

“Saya sangat gembira dan bersedia untuk mengumumkan keputusan bersara sepenuh­nya dan saya tidak lagi bergelar atlet tenis profesional selepas ini. Secara jujur, saya tidak tahu bagaimana peminat mahu menerima keputusan ini.

“Namun, saya percaya semua akan faham kenapa saya mengumumkan persaraan meskipun sedang berada di puncak prestasi. Apa yang pasti, saya sudah mencapai apa yang dikehendaki dalam sukan ini dan berbangga dengan segala kejuaraan yang dimenangi,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Tenis Wanita Antarabangsa (WTA), Steve Simon mengakui pihaknya menerima keputusan yang dibuat oleh Barty selain menganggap atlet tersebut antara yang terbaik sepanjang zaman.

“Kita boleh lihat kualiti yang ada pada Barty sejak bergelar pemain profesional selain memiliki pengaruh tersendiri dalam siri Jelajah WTA. Dia cukup disenangi oleh atlet-atlet lain kerana sikap profesional dan sudah tentu kelibatnya bakal dirindui selepas ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI