fbpx

Ahli politik, VIP mangsa godam ‘scammer’ menyamar rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Kamarudin menunjukkan nombor CCID Response Team yang boleh dihubungi orang ramai jika menjadi mangsa penipuan online atau menerima panggilan meragukan. : FOTO FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR – Ahli politik, golongan orang kenamaan (VIP) dan bekas pegawai tinggi kerajaan di negara ini turut tidak terlepas daripada menjadi sasaran sindiket penipuan apabila aplikasi WhatsApp dan Telegram mereka digodam sindiket yang menyamar sebagai rakan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md Din berkata, pihaknya menerima sebanyak 1,710 laporan melibatkan kerugian RM11.47 juta sejak 2020 sehingga Februari lalu.

“Mangsa bukan sahaja terdiri daripada bekas pegawai tinggi kerajaan bahkan juga golongan VIP dan ahli politik. Ini bermaksud ‘scammer’ menyasarkan semua mangsa tanpa mengira latar belakang mangsa.

“Berdasarkan siasatan mendapati kedua-dua aplikasi milik mangsa akan digodam dan mangsa diarahkan untuk menghantar mesej kata laluan sekali guna (OTP) dan kata laluan aplikasi kepada anggota sindiket.

“Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa akan menyerahkan kedua-dua nombor rahsia itu kepada sindiket sekali gus membolehkan mereka dapat mengambil alih aplikasi itu dengan mudah,” ujarnya pada sidang akhbar JSJK di Menara KPJ, di sini hari ini.

Menurutnya, sindiket kemudiannya akan menghantar mesej kepada setiap senarai kenalan yang tersimpan dalam telefon bimbit mangsa untuk meminjam wang.

“Bagaimanapun mangsa tidak sedar aplikasi sendiri digodam sehinggalah rakan yang menerima mesej memaklumkan ada individu menyamar sebagai mangsa untuk meminjam wang,” ujarnya.

Tambah Mohd. Kamarudin, pengguna telefon pintar dinasihatkan agar lebih berhati-hati apabila menerima mesej daripada individu yang tidak dikenali yang meminta kata laluan yang dihantar ke nombor telefon pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI