fbpx

Waris dua bayi dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Waris Theanviliy (kanan) dan Muhamad Akhtar diminta menghubungi JKM Petaling untuk urusan penempatan dan penjagaan.

SHAH ALAM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Petaling mengesan waris kepada dua bayi yang masing-masing diserahkan kepada keluarga angkat dan ditinggalkan di pusat pelindungan bayi, baru-baru ini.

Kedua-dua bayi tersebut dikenali Theanviliy, 16 hari dan Muhamad Akhtar Al Farizi, tiga bulan.

Jurucakap JKM berkata, Theanviliy yang merupakan bayi perempuan ditinggalkan di peti perlindungan bayi rumah perlindungan di Petaling Jaya dekat sini kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 1 Mac lalu tanpa sebarang dokumentasi.

Katanya, semasa ditinggalkan terdapat beg yang mengandungi barangan bayi selain sekeping nota mempunyai maklumat kelahiran bayi.

“Berdasarkan nota tersebut meminta bayi tersebut diserahkan kepada satu keluarga berbangsa India yang pernah mendaftarkan diri pada pusat perlindungan tersebut.

“Kesnya telah dibawa ke Mahkamah Bagi Kanak-kanak Petaling Jaya pada 17 Mac lalu dan mendapatkan perintah jagaan sementara dan ditempatkan dibawah jagaan dan pemeliharaan orang yang layak dan sesuai,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Jurucakap itu memaklumkan, Muhamad Akhtar pula dilahirkan pada 23 Disember tahun lalu di sebuah unit jenis kondominium di Taman Desa Petaling yang merupakan rumah sewa ibu kandungnya dikenali Lia Talia berasal dari Indonesia.

Bagaimanapun katanya, ketidakmampuan Lia menyebabkan bayi itu diserahkan kepada sebuah keluarga angkat tanpa sebarang dokumen kelahiran.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling di talian 03-7842 2584/03-7842 2587 dengan kadar segera bagi membincangkan hal penempatan, pemeliharaan dan penjagaan mereka,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI