fbpx

Wan-Bissaka terus kempunan kap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN-BISSAKA (kiri) tidak disenaraikan dalam skuad England dengan alasan prestasinya merosot bersama United. – AFP

LONDON – Hasrat Aaron Wan-Bissaka untuk kembali menyarung jersi England tidak kesampaian apabila Gareth Southgate terus meminggirkan nama pemain pertahanan kanan Manchester United itu.

Southgate, 51, boleh memang­gil semula Wan-Bissaka untuk dua aksi persahabatan antarabangsa di Wembley menentang Switzerland (27 Mac) dan Ivory Coast pada 30 Mac disebabkan masalah kecederaan dalam skuad The Three Lions.

Antara nama yang terpaksa digugurkan ialah dua pertahanan berpengaruh, Trent Alexander-Arnold dan Reece James selain Tammy Abraham dan penjaga gol, Aaron Ramsdale.

Sebaliknya, Southgate lebih berminat untuk memanggil dua muka baharu mengisi kekosongan di bahagian pertahanan iaitu Tyrick Mitchell dari Crystal Palace dan Kyle Walker-Peters (Southampton).

“Tyrick (Mitchell) telah me­nunjukkan satu persembahan yang mengagumkan. Dia sebelum ini sebenarnya sudah hampir untuk dipanggil.

“Saya fikir dia menunjukkan peningkatan mendadak. Dia dapat menyesuaikan diri dan beraksi dengan baik apabila menentang pasukan-pa­sukan besar dalam saingan liga musim ini,” kata Southgate.

Dua lagi nama yang dipanggil ialah penyerang Aston Villa, Ollie Watkins dan penjaga gol West Bromwich Albion, Sam Johnstone.

Faktor utama Wan-Bissaka tersisih adalah di­sebabkan ­prestasi merosot bersama United musim ini sehinggakan diketepikan daripada kesebelasan utama dan digantikan oleh Diogo Dalot. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI