fbpx

Van Gaal tempelak keputusan FIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAN GAAL (tengah) menyelar keputusan FIFA memilih Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022. – AFP

AMSTERDAM – Ketua Jurulatih Belanda, Louis Van Gaal menempelak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana memilih Qatar sebagai penganjur Pia­la Dunia 2022 dari 21 November hingga 18 Disember nanti.

Ia adalah kali pertama pe­ngendali berusia 70 tahun itu mengeluarkan kenyataan negatif terhadap FIFA sejak beliau dilantik semula mengemudi Belanda pada 4 Ogos 2021 menggantikan tempat Frank De Boer.

“Saya sudah beritahu dalam sidang akhbar sebelum ini. Saya fikir ia sangat tidak masuk akal Piala Dunia akan dianjurkan di sana (Qatar).

“FIFA mengatakan kami akan beraksi di sebuah negara yang sedang membangunkan bola sepak. Ini mengarut, tetapi ia tidak pen­ting kerana segala-galanya melibatkan duit dan komersial buat FIFA.

“Kenapa anda rasa saya tiada dalam jawatankuasa FIFA atau UEFA (Kesatuan Bola Sepak Eropah) berdasarkan pengalaman saya? Ini kerana saya sentiasa menentang organisasi seperti ini,” kata Van Gaal.

Van Gaal berkata demikian dalam sidang akhbar menjelang aksi persahabatan antarabangsa Belanda menentang Denmark di Arena Johan Cruyff pada Sabtu ini sebelum bertemu Jerman di Amsterdam Arena empat hari kemudian.

Dua aksi persahabatan ber­kenaan adalah peluang terbaik buat bekas pengendali Ajax dan Manchester United itu untuk menguji beberapa pemain baharu seperti bintang AZ Alkmaar, Jordy Clasie.

Clasie, 30, berjaya memikat Van Gaal untuk menyenaraikannya semula selepas kali terakhir pemain tengah itu menyarung jersi Belanda enam tahun lalu.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI