fbpx

Ubah cara fikir, bekerja penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shafiq (tengah) menerima cenderamata daripada Mohd. Sallehuddin (kanan) pada Persidangan Penyelidikan Governans, Intergriti dan Anti-Rasuah Peringkat Kebangsaan Kali Pertama di Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen KLIA, Sepang hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Penjawat awam selaku nadi kepada pembangunan negara hendaklah berubah cara berfikir dan bekerja bagi menyaingi kepantasan perubahan global dan kepesatan kemajuan teknologi maklumat.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, sehubungan itu empat fokus utama iaitu menyegar semula penjawat awam, landskap baharu organisasi awam, perkhidmatan awam kalis masa hadapan dan bergerak bersama ke hadapan perlu terus menjadi keutamaan dan fokus semua penjawat awam.

Menurutnya, langkah tersebut bagi memastikan perkhidmatan awam kekal relevan, responsif dan dinamik.

“Kita tidak boleh lagi menjadi pemerhati atau mengambil sikap tunggu dan lihat kepada perubahan pantas yang berlaku di sekeliling kita.

“Penjawat awam hendaklah sentiasa mengambil sikap proaktif, berpaksi kepada rakyat (citizen centric), sentiasa bersedia untuk menyelesaikan pelbagai masalah merentas kementerian dan agensi serta sentiasa mendukung nilai integriti yang tinggi,” katanya di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah pada Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan 2022.

Ia turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah (GIACC) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Sallehhuddin Hassan.

Dalam pada itu, Mohd. Zuki berkata, perkhidmatan awam hari ini berada di tahap cukup kritikal bagi menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI