fbpx

Tiada mangsa terselamat ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH bas yang mengangkut anggota penyelamat tiba di kampung Fenghuang di Wuzhou semalam. - AFP

BEIJING – Pegawai penyiasat China memaklumkan bahawa tiada mangsa terselamat ditemui pada hari kedua usaha mencari penumpang pesawat milik China Eastern Airlines yang terhempas, lapor stesen penyiaran CNN.

Pesawat Boeing 737-800 yang membawa 132 penumpang termasuk kru dilaporkan terhempas petang kelmarin di kawasan terpencil pegunungan di bahagian selatan negara itu ketika menuju ke Guangzhou dari Kunming.

Komunikasi dengan kru kapal tidak dapat dilakukan pada saat-saat akhir sebelum pesawat berkenaan terhempas, kata penyiasat China pada sidang akhbar lewat semalam.

“Pesawat itu berlepas dari Kunming sekitar pukul 1.16 petang (waktu tempatan) dan terbang seperti biasa. Sekitar pukul 2.21 petang (waktu tempatan), ia tiba di sekitar bandar Wuzhou dalam wilayah Guangxi.

“Stesen kawalan menyedari terdapat perubahan ketinggian secara tiba-tiba pada pesawat itu sebelum ia kemudian hilang komunikasi dan akhirnya terhempas,’’ kata wakil China Eastern Airlines, Sun Shiying.

Tambah Shiying, pesawat itu telah lulus pemeriksaan pra-penerbangan dan sembilan anak kapal adalah layak dan sihat.

Bagaimanapun, punca nahas masih belum jelas, kata pegawai Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI