fbpx

Suami isteri didakwa bunuh anak dengan membiarkan menjadi gemuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN suami isteri itu didakwa gagal memastikan anak mereka, Kaylea mendapat senaman yang mencukupi. - WNS

LONDON – Sepasang suami isteri yang didakwa membunuh anak perempuan mereka berusia 16 tahun dengan membiarkannya menjadi obes dihadapkan ke mahkamah di Britain, semalam, lapor akhbar The Sun.

Kaylea Titford ditemui meninggal dunia di atas katil di rumahnya yang terletak di daerah Powys, Wales pada Oktober 2020.

Bapanya, Alun Titford, 44, dan ibunya, Sarah Lloyd-Jones, 39, dituduh gagal memastikan ‘keperluan’ Kaylea dipenuhi yang membawa kepada masalah obesiti yang teruk.

Mereka juga didakwa gagal memastikan Kaylea mendapat senaman yang mencukupi dan berada dalam keadaan bersih selain tidak mendapatkan bantuan perubatan yang munasabah.

Pasangan itu didakwa membunuh dengan kecuaian dan menyebabkan kematian seorang anak atau individu terdedah.

Pendakwa Raya, Helen Tench meminta kedua-dua defendan untuk kekal dengan jaminan bersyarat dan tidak berhubung dengan sesiapa di bawah umur 18 tahun. Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Diraja Mould pada 14 April 2022. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI