fbpx

Selangor jual minyak peket RM2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham menyaksikan pertukaran MoU antara Mohamad Khairil dan Raja Ahmad Shahrir hari ini. - Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Kerajaan negeri akan menjual minyak peket pada harga RM2 satu unit sebagai langkah intervensi terbaru untuk membantu rakyat Selangor mengurangkan kos hidup.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian serta Industri Asas Tani negeri, Ir. Izham Hashim berkata, harga tersebut jauh lebih murah daripada pasaran ketika ini yang dijual RM2.43 seunit.

“Kita akan memulakan dengan sebanyak 50 kotak yang setiap kotak mengandungi 17 peket pada Program Jualan Prihatin Rakyat pada masa terdekat.

“Fokus kita untuk membantu orang ramai dengan pembelian dihadkan kepada beberapa unit bagi setiap orang. Kita tidak mahu golongan peniaga yang membeli dengan kuantiti banyak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diwakili Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dr. Mohamad Khairil Mohamad Razi dan CEO Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Wisma PKPS.

Mengulas lanjut, Izham menjelaskan program intervensi ini adalah rentetan daripada penjualan keperluan harian lain sebelum ini termasuk ayam, telur ayam, daging dan ikan.

“Siri jualan program intervensi tersebut berjaya meraih hasil jualan sebanyak RM496,852. Rakyat Selangor pula telah menikmati penjimatan sebanyak RM149,619.30 memandangkan harga yang ditawarkan jauh lebih rendah daripada harga pasaran semasa.

“Kita akan memperluaskan Program Jualan Prihatin di beberapa lokasi sekitar negeri ini terutama ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI