PETALING JAYA – Tindakan berani seorang pemandu yang secara tiba-tiba memandu secara melawan arus mengundang kecaman orang ramai di media sosial.
Menerusi satu rakaman kamera papan kemuka (dashcam) yang dikongsi Navin Nair di Facebook memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Axia secara melulu keluar simpang dan memandu berlawanan arus.
Klip video berdurasi 23 saat tersebut dilaporkan berlaku pada Isnin petang lalu namun tempat kejadian tidak dapat dipastikan.
Tindakan pemandu itu ternyata membuat rasa kurang senang serta membahayakan para pengguna jalan raya yang lain.
Orang ramai memberi pelbagai reaksi terhadap pemandu kereta itu.
“Aik, langgar lampu isyarat, selepas itu (memandu) melawan arus,” kata Muhamad Lukman Hussin.
“Ohh, hilang akal cari pasal,” tulis Syah Hassan.
Sementara itu, Mohd. Zaharuddin Yusoff pula memberitahu supaya pemilik dashcam untuk membuat laporan rasmi kepada pihak Polis.
“Buat aduan rasmi kat Polis Diraja Malaysia (PDRM),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE